PKR mahu pendedahan rasuah, minta perempuan Rafizi dibawa ke SPRM

rafizi

PETALING JAYA, Rabu – Pendedahan Setiausaha Agung PKR, Rafizi Ramli berkenaan isu rasuah dan permintaan perempuan dalam urusan kerajaan Selangor perlu diserahkan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Perkara itu diputuskan dalam mesyuarat Biro Politik parti itu malam tadi yang diketuai Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Azizah berkata, Biro politik telah membuat ketetapan bahawa Rafizi perlu membawa bukti-bukti yang ada pada beliau terus ke SPRM.

“Pada masa yang sama, Biro Politik akan meneliti dakwaan tersebut dan sekiranya ia melibatkan anggota parti, anggota tersebut akan dihadapkan ke Jawatankuasa Disiplin parti,” katanya.

Sebelum ini, Rafizi mengakui yang beliau telah mendedahkan tentang amalan rasuah seks yang didakwa sedang berlaku dalam kerajaan Selangor di bawah pentadbiran Menteri Besar, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali di media sosial.

Beliau mendakwa perlu berbuat demikian adalah berniat baik kerana mahu pimpinan partinya lebih peka dan sensitif kepada sebarang tuduhan rasuah atau salah laku melibatkan anggota parti itu.

“Saya boleh mengesahkan bahawa mesej itu ditulis oleh saya dan perbualan itu adalah dalam satu kumpulan WhatsApp tertutup yang dianggotai oleh anggota PKR.

“Saya memang ada didatangi beberapa individu sebelum ini yang melahirkan kebimbangan mereka mengenai beberapa isu bersabit amanah dan tata kelola secara umum. Mereka memberi beberapa contoh tuduhan salah laku yang mereka minta saya siasat dengan lebih lanjut,” katanya.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian