Tiga lagi serpihan ditemui mungkin milik MH370

mh370 serpihan

SYDNEY, Khamis – Menteri Infrastruktur dan Pengangkutan Australia, Darren Chester hari ini mengumumkan bahawa tiga lagi serpihan yang ditemui di Mauriitius dan Mozambique kemungkinan milik pesawat MH370.

Serpihan pertama ditemui oleh seorang pelancong Perancis di Ilot Bernache lebih dua minggu lalu.

Serpihan kedua dipercayai ditemui di pantai Gris oleh seorang pengawal pantai, serpihan itu digambarkan mempunyai persamaan dengan bahagian sayap yang ditemui oleh remaja Afrika Selatan, Liam Lotter di Mozambique pada Disember lalu.

Manakala, serpihan ketiga ditemui di Mozambique.

“Serpihan ini masih belum diserahkan kepada kerajaan Malaysia, tetapi, seperti sebelum ini, pegawai Malaysia sedang mengatur langkah dan dijangka serpihan itu akan dibawa ke Australia untuk pemeriksaan,” katanya.

Menurutnya, jika serpihan itu disahkan milik Boeing 777, ia akan menjadi serpihan keenam, ketujuh dan kelapan yang telah ditemui.

Lima serpihan sebelum ini telah ditemui di sekitar kawasan di Reunion, Mozambique, Afrika Selatan dan Pulau Rodrigues.

Pesawat MH370 hilang dari radar ketika dalam perjalanan ke Beijing dari Kuala Lumpur pada 8 Mac 2014 bersama-sama 239 orang penumpang. – Agensi

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?