Timbalan Speaker DUN Kedah nafi pukul orang depan Aman Central

ALOR SETAR 29 JANUARY 2016.Timbalan Speaker Kerajaan Negeri Kedah,Datuk Azmi Che Husain. NSTP/ AMRAN HAMID

ALOR SETAR, Sabtu – Timbalan Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Kedah, Datuk Azmi Che Husain menafikan beliau memukul seorang pemuda dalam satu insiden pergaduhan di hadapan Aman Central pada 15 Mei lalu.

Menjelaskan perkara itu katanya, beliau hanya cuba meleraikan keadaan tetapi pemuda berkenaan seolah-olah melakukan provokasi dan kemudiannya bertindak memaki hamun anaknya.

“Saya cuba leraikan pergaduhan, tetapi saya pula yang dituduh.Saya ketika itu dalam kereta dengan dua lagi anak lelaki.

“Bila kejadian macam tu berlaku, saya turun kereta dan tanya kenapa dia buat begitu kepada anak saya.

“Namun bila disoal, dia bertindak memaki hamun saya. Salam yang diberi sebelum itu pun tidak dijawabnya,” katanya sepertimana lapor Sinar Harian.

Menceritakan insiden itu lebih lanjut Azmi berkata, lelaki itu bertindak agresif apabila keluar dari kereta dan menendangnya hingga terjatuh.

“Dua anak yang ketika itu berada dalam kereta keluar untuk mempertahankan saya dari terus dipukul. Siapa yang sanggup tengok ayah mereka dipukul depan mata.

“Jadi berlaku pergelutan antara mereka bertiga, saya yang berada di situ cuba meleraikan pergaduhan, tetapi saya ditumbuk oleh lelaki itu,” katanya lagi.

Sebelum ini viral di laman sosial mengenai seorang lelaki mendakwa dia dan teman wanitanya telah ditumbuk Azmi di hadapan pusat membeli belah di Alor Setar.

Rakaman berdurasi 33 saat itu menunjukkan berlaku pergelutan seorang lelaki bersama tiga individu lain, dan Azmi merupakan salah seorang lelaki tersebut.

Selain itu Azmi berkata, lelaki berkenaan cuba memutar belit fakta kejadian sebenarn apabila menuduh beliau dan anak-anaknya menumbuk teman wanitanya di bahagian dada, tangan kanan dan kiri.

“Kejadian itu langsung tidak berlaku seperti didakwa, sebaliknya wanita itu mengalami kecederaan apabila ditolak masuk ke dalam kereta oleh pemuda tersebut sendiri.

“Saya dan anak-anak langsung tidak sentuh wanita itu, tetapi bila dia keluar dari kereta untuk leraikan pergelutan, dia pula yang ditarik dan ditolak masuk ke dalam kereta oleh lelaki berkenaan.

“Jika ada pihak yang masih ragu-ragu dengan tuduhan ini, sila berikan bukti segera bahawa wanita itu benar-benar ditumbuk,” katanya.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian