Tujuh kanak-kanak Malaysia dihantar ibu bapa sertai IS

Gambar hiasan

Gambar hiasan

KUALA LUMPUR, Sabtu – Tujuh kanak-kanak Malaysia dikesan sedang menerima latihan ketenteraan di bawah militan IS di Syria.

Berdasarkan sumber China Press, kesemua kanak-kanak itu dihantar secara sukarela oleh ibu bapa mereka.

Pengarah Cawangan Khas Bukit Aman, Datuk Seri Mohamad Fuzi Harun berkata, mereka terdiri daripada lima perempuan dan dua lelaki.

“Ibu bapa mereka ada bersama mereka di Syria dan mereka pergi ke situ dengan niat mahu menemui pemimpin IS.

“Apabila bertemu dengan pemimpin IS, mereka akan menyatakan taat setia dan membenarkan anak mereka menerima latihan ketenteraan,” katanya.

Mengulas lanjut beliau berkata, siasatan awal menunjukkan kehadiran kanak-kanak Malaysia itu di Syria tidak mempunyai kaitan dengan aktiviti pemerdagangan manusia.

“Tiada petanda menunjukkan IS mengambil anak yatim atau menculik kanak-kanak untuk menerima latihan ketenteraan di Syria,” katanya lagi.

Sebelum ini, IS pernah menerbitkan klip video pendek 15 minit yang memaparkan kanak-kanak dan remaja menerima latihan ketenteraan.

Walaupun berusia kecil, mereka mengenakan pakaian ala askar dan menerima latihan menembak dan bertarung. Gambar pemimpin-pemimpin dunia pula diletakkan sebagai sasaran dalam latihan berkenaan.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian