Undang-undang dana politik dijangka kuatkuasa PRU14

paul

KUALA LUMPUR, Rabu – Undang-undang untuk mengawal selia dana politik dan perincian perbelanjaan parti dijangka akan berkuat kuasa pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) akan datang.

Bercakap perkara itu, Pengerusi Jawatankuasa Konsultatif Nasional Mengenai Pembiayaan Politik (JKNMPP), Datuk Paul Low Seng Kuan berkata, undang-undang mengenai pembiayaan politik ini akan dikuatkuasakan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Justeru, satu pertemuan terakhir akan diadakan Julai ini membabitkan beberapa parti politik bagi membincangkan perkara ini.

Pertemuan ini adalah penting demi memastikan segenap perspektif mengenai isu yang melingkari pembiayaan politik diperhalusi, sebelum dibentangkan ke Kabinet pada Ogos depan.

“Apabila undang-undang ini diguna pakai pada tahun 2018 iaitu ketika PRU-14, semua parti politik wajib mendedahkan maklumat mengenai identiti penderma, jumlah dan cara perbelanjaannya kepada rakyat.

“Langkah ini penting bagi memastikan isu kepercayaan yang semakin terhakis, terutama membabitkan pemimpin parti politik berupaya dikembalikan,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas menutup Persidangan Antarabangsa mengenai Integriti Politik: Memperkukuhkan Ketelusan dalam Pembiayaan Politik, di sini, sebentar tadi.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian