400 Pusat Tuisyen Rakyat dibuka seluruh negara tahun ini

ismail_sabri_forum_0602_(5)_620_412_100
KUALA KANGSAR, Rabu – Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) menyediakan 400 pusat Tuisyen Rakyat secara percuma di seluruh negara khusus untuk pelajar yang akan menduduki Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) dan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

Menterinya, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata program tersebut memberi tumpuan kepada pelajar daripada keluarga berpendapatan RM3,500 ke bawah serta pelajar berprestasi sederhana.

Beliau berkata, sebanyak RM8 juta diperuntuk untuk pelaksanaan program itu  tahun ini yang dilaksanakan secara bersama oleh Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (Risda) dan Majlis Amanah Rakyat (Mara).

“Kementerian akan berbincang dengan Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) dari segi syarat pelajar dan lokasi yang bersesuaian untuk pusat tuisyen ini.

“Seramai 30,000 pelajar disasar terlibat dalam program ini dan sekurang-kurangnya sebuah pusat tuisyen di setiap Parlimen, namun kawasan parlimen yang besar, mungkin kita akan letak dua pusat tuisyen,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas melancarkan program Tuisyen Rakyat@KKLW di Dewan Jubli Kuala Kangsar di sini, hari ini.

Ismail Sabri berkata, pusat tuisyen itu memfokuskan kepada mata pelajaran Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik dan Sains bagi pelajar UPSR, manakala bagi SPM adalah mata pelajaran Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik, Sains serta Sejarah.

“Program ini juga menyediakan seminar kecemerlangan seperti teknik menjawab peperiksaan, kelas intensif serta motivasi sebagai persediaan tambahan sebelum menghadapi peperiksaan,” katanya.

Ismail Sabri berkata, guru yang terlibat dalam program Tuisyen Rakyat itu akan dibayar elaun.

Katanya, Yayasan Pelajaran Mara (YPM) dan Risda telah menyediakan sebanyak 348 pusat tuisyen seumpama itu di seluruh negara, namun ia masih memerlukan penambahbaikan. – Bernama

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian