Ahli Parlimen Islam wajib sokong usul RUU: Majlis Ulama Isma

DSC_0356-800x530

Oleh Siti Fatimah Ishak

BANGI, Rabu – Ahli Parlimen beragama Islam wajib memberi sokongan terhadap sebarang usul yang berkaitan kepentingan Islam dan umatnya termasuklah Rang Undang-Unadang (RUU) Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah)(Pindaan)2016.

Pengerusi Majlis Ulama ISMA (MUIS), Prof Madya Dr Aznan Hasan berkata, kedudukan pemimpin Islam adalah disebabkan lantikan oleh umat kerana mahu melihat mereka menjadi benteng Islam di Dewan Rakyat.

Ini kerana hanya mereka yang boleh menjaga kepentingan Islam agar terus terpelihara dan diperjuangkan.

Justeru katanya, menjadi kewajipan kepada kesemua ahli Dewan Rakyat beragama Islam untuk menyokong sebarang usul berkaitan kepentingan Islam termasuk RUU yang dibentangkan oleh PAS baru-baru ini.

“Inilah masa untuk anda buktikan bahawa kepentingan Islam dan umatnya menjadi keutamaan anda di dalam menunaikan tanggungjawab sebagai Ahi Dewan Rakyat,” katanya dalam satu kenyataan.

Minggu lalu, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang juga Presiden PAS membentang usul RUU Mahkamah Syariah di Dewan Rakyat.

Ia bertujuan meminda Seksyen 2 bagi menggantikan peruntukan dalam undang-undang sedia ada iaitu Mahkamah Syariah akan mempunyai kuasa ke atas umat Islam dan dalam hal-hal kesalahan di dalam perkara yang disenaraikan di butiran 1 Senarai Negeri, mengikut jadual kesembilan Undang-Undang Persekutuan.

Mengulas lanjut Dr Aznan berkata, sekiranya mana-mana Ahli Parlimen Islam dan bukan Islam menentang RUU yang dibentangkan, mereka perlu ditolak sebagai calon pada pilihan raya akan datang.

“Jika mereka menentang, seharusnya umat Islam menolak untuk mengundi mereka di dalam pilihan raya akan datang.

“Tidak ada gunanya kita mengundi mereka sekiranya mereka tidak boleh membawa kebaikan kepada Islam dan umatnya di Malaysia,” katanya.

Dalam kenyataan sama, Majlis Ulama Isma menyatakan sokongan terhadap usul yang dibawa oleh Presiden PAS itu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian