MARA biaya 1,890 pelajar cemerlang SPM 2015

Logo-Majlis-Amanah-Rakyat-MARA-e1459828022569

TANGKAK, Khamis – Seramai 1,890 pelajar cemerlang Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2015 terpilih untuk menerima tawaran pembiayaan di bawah Program Pelajar Cemerlang Majlis Amanah Rakyat (MARA) 2016.

Timbalan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Ahmad Jazlan Yaakub berkata, program berkenaan adalah sebahagian komitmen berterusan oleh MARA.

Ia juga bagi memastikan pelajar Bumiputera diberi peluang untuk melanjutkan pengajian dalam bidang strategik sama ada di dalam atau luar negara.

“Seramai 1,890 pelajar lepasan SPM 2015 akan menerima tawaran di bawah program ini iaitu 795 pelajar bagi program persediaan ijazah luar negara, manakala 350 pelajar untuk program persediaan ijazah dalam negara dan 745 pelajar lagi bagi program diploma pelajar cemerlang.

“Bagi tujuan itu, MARA turut memperuntukkan dana kira-kira RM10 juta.

“Selain program ini, MARA turut memperuntukkan RM2 bilion setahun bagi memberi pembiayaan dan menaja pelajar melanjutkan pelajaran dalam pelbagai bidang di universiti awam (UA) atau di luar negara,” katanya pada Program Pemimpin Bersama Pelajar Cemerlang MARA di Kolej Kemahiran Tinggi MARA Ledang di sini, hari ini.

Seramai 106 pelajar cemerlang dari Johor dan Melaka yang mewakili zon selatan menerima tawaran untuk mengikuti program terbabit bagi tahun ini di majlis berkenaan.

Program sama yang dipecahkan kepada empat zon sudah diadakan di Kuala Lumpur bagi zon tengah pada 31 Mei lalu dan zon timur di Besut Terengganu yang diadakan semalam.

Bagi zon utara pula akan diadakan pada di Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) Kuala Kangsar, Perak pada 4 Jun ini.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian