PAN mohon sumbangan orang ramai untuk ‘tawan’ PRK Sungai Besar

dana PAN

BANGI, Rabu – Meskipun belum mengumumkan calon yang bakal bertanding di Pilihan Raya Kecil (PRK) Sungai Besar, parti serpihan PAS, PAN membuat iklan memohon sumbangan wang daripada orang ramai.

Dalam satu kenyataan pada iklan berbayar di Facebook, PAN memohon jasa baik semua pihak untuk membantu mereka menjayakan urusan pakatan harapan sempena PRK Sungai Besar.

“Kami mengalu-alukan sumbangan daripada semua pihak dalam memastikan misi pakatan harapan menawan P093 Sungai Besar menjadi kenyataan,” kata kenyataan itu.

Bagaimanapun, iklan tersebut mendapat reaksi negatif daripada pengguna media sosial.

Abdul Malik berkata, dia lebih cenderung memberi sumbangan kepada pihak masjid, surau dan orang kurang upaya (OKU) daripada menyumbang kepada PAN.

“Lebih baik aku bagi duit kepada masjid, surau, OKU dan lain-lain dah tentu dapat pahala.

“Bagi amanah dah tentu dapat dosa sebab amanah kawan baik DAP iaitu penetang utama Islam,” katanya.

Hazwan Razak pula mempersoalkan mengapa PAN meminta sumbangan orang ramai sedangkan PAN memiliki ADUN dan Ahli Parlimen yang kaya.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian