TH sewa 12 bangunan untuk penginapan 22,320 jemaah haji

MEKAH, 16 Nov -- Hotel Abraj Janadiriah Makkah yang menempatkan ibu pejabat Lembaga Tabung Haji di sini dan sebagai tempat penginapan bagi 7,000 jemaah haji dari Malaysia. .Hotel tersebut terletak kira-kira 800 meter dari Masjidil Haram..Tahun ini seramai 26,000 jemaah dari Malaysia bakal menunaikan ibadah Haji di Tanah Suci..--fotoBERNAMA HAKCIPTA TERPELIHARA

MADINAH, Ahad – Tabung Haji (TH) menyewa 12 bangunan di Arab Saudi bagi kemudahan penginapan dan menjamin keselesaan 22,320 bakal jemaah haji Malaysia yang akan menunaikan haji tahun ini.

Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif TH Datuk Johan Abdullah berkata perjanjian penyewaan 12 bangunan itu merangkumi sembilan bangunan di Makkah dan tiga di Madinah.

Beliau berkata jarak hotel dari Masjidil Haram, Makkah tidak lebih daripada 1,000 meter manakala di Madinah pula tidak lebih 150 meter dari Masjid Nabawi.

“Ini sekali gus memberi keselesaan kepada jemaah haji,” katanya kepada media Malaysia mengenai persedian logistik TH untuk jemaah haji pada tahun ini, di sini, Ahad.

Mengenai penerbangan haji, katanya TH akan menggunakan perkhidmatan sewa khas Penerbangan Malaysia Airlines Berhad (MAB) dan Saudi Arabian Airlines untuk mengangkut bakal jemaah haji ke Tanah Suci, bermula 4 Ogos hingga 4 Sept depan.

Johan berkata jemaah haji dijadual berlepas pulang ke tanah air bermula 17 Sept hingga 15 Okt depan.

Beliau berkata TH akan menyediakan kaunter-kaunter kewangan di setiap bangunan penginapan jemaah haji.

“Ia bertujuan untuk memudahkan jemaah haji mengeluarkan wang masing-masing untuk berbelanja,” katanya.

Beliau berkata jemaah tidak perlu membawa pasport atau buku simpanan untuk mengeluarkan duit sebaliknya tanda nama yang diberikan TH serta cap jari sahaja untuk berbuat demikian.

“Turut disediakan ialah perkhidmatan bimbingan, kaunseling dan kemudahan kafeteria serta penyajian makanan,” katanya.

Bagi Pusat Rawatan ketika musim haji kelak, Johan berkata TH akan membuka klinik di bangunan penginapan dan pusat rawatan di Makkah dan Madinah.

Beliau berkata para jemaah haji yang memerlukan pemeriksaan dan rawatan perubatan semasa di Tanah suci boleh mendapatkan perkhidmatan secara percuma.- Bernama

The post TH sewa 12 bangunan untuk penginapan 22,320 jemaah haji appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian