20 maut nahas kereta api di Itali

train crash italy
ROME, Rabu – Sekurang-kurangnya 20 orang terbunuh dalam kejadian pelanggaran di antara dua kereta api di rantau selatan Puglia, Itali semalam, kata anggota bomba.

Rakaman stesen televisyen antarabangsa menunjukkan anggota penyelamat sedang berusaha mengeluarkan mangsa yang berada di dua gerabak kereta api berhampiran bandar Andria.

Sementara itu, ketua penyelamat di Bari berkata, kemalangan itu telah mengakibatkan angka kematian meningkat kepada 25 orang dan menyebabkan puluhan yang lain cedera.

Penyiasat kejadian berkata, kemalangan itu berkemungkinan berpunca daripada kesilapan dan kecuaian manusia.

Kejadian berkenaan adalah kemalangan terbesar melibatkan kereta api di Itali selepas insiden pada 2013 di bandar Napoli mengakibatkan 38 orang terbunuh. – Agensi

The post 20 maut nahas kereta api di Itali appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?