25 buku hitam bercanggah dengan ajaran Islam ditemui di Jasin

image

JASIN, Ahad – Sebanyak 25 buku berkulit hitam yang tercatat perkataan My Kitab ditemui di beberapa kawasan tumpuan ramai di sini, kelmarin selepas perkara sama pernah berlaku tahun lalu.

Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Simpang Bekoh, Abd Latif Arshad berkata, penduduk terjumpa buku berkulit hitam itu lebih kurang jam 8 pagi pada hari berkenaan sebelum dimaklumkan kepada pihaknya.

Sebaik sahaja menerima aduan, dia terus membuat rondaan di kawasan sekitar kampung dan berjaya menemui 25 buku setebal 1 setengah inci yang diletakkan di beberapa jalan dan Medan Selera Simpang Bekoh.

“Ini bukan pertama kali kejadian seumpama itu berlaku, bagaimana pun sebelum ini bilangan buku diletakkan tidak melebihi 10 buah.

“Kita tidak tahu siapa yang melakukan dan tindakan ini seolah-olah tidak menghormati Perlembagaan Negara bahawa Islam sebagai Agama Persekutuan dan kesucian agama Islam.

“Sedangkan kawasan ini majoritinya penduduk berbangsa Melayu dan tidak seharusnya perbuatan meletakkan My Kitab yang secara terang bercanggah dengan agama Islam dilakukan.

“Saya harap pihak berkenaan ambil tindakan segera dan tidak membiarkan ia terus berlaku memandangkan kes ini bukan pertama kali berlaku di Simpang Bekoh,” katanya yang dipetik daripada akhbar Sinar Harian.

Susulan itu, Abd Latif mengumpul buku-buku itu dan membawanya ke Balai Polis Simpang Bekoh untuk tindakan selanjutnya.

“Saya difahamkan bukan di kawasan ini saja jadi sasaran mereka, malah di Chabau, Jasin turut terjadi perkara sama namun jumlah buku diletakkan tidak banyak,” katanya.

Pada September tahun lalu, akhbar berkenaan pernah menyiarkan penemuan lebih 20 buku yang bercanggah dengan ajaran Islam dan diletakkan di pondok-pondok bas serta jalan kampung tersebut oleh individu tidak bertanggungjawab di Kampung Abbey/Pondok Batang, Asahan.

The post 25 buku hitam bercanggah dengan ajaran Islam ditemui di Jasin appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?