75 orang maut dirempuh trak di Nice
NICE (Perancis), Jumaat – Sekurang-kurangnya 75 maut akibat dilanggar sebuah trak yang merempuh orang ramai selepas sambutan Hari Bastille di selatan Nice, Perancis, semalam.
Pendakwa Raya, Jean-Michel Pretre berkata, lori berkenaan memandu sejauh dua kilometer (1.2 batu) merempuh orang ramai.
Dalam pada itu, pihak berkuasa berkata, lelaki itu melepaskan tembakan ke atas orang ramai ketika sedang memandu manakala trak berkenaan sarat dengan senjata dan bom tangan.
Saksi berkata, pemandu itu sengaja mensasarkan kenderaan itu pada orang ramai dan bergerak dalam keadaan “zigzag” supaya dia boleh merempuh seberapa ramai orang yang mungkin.
Pemandu trak itu dilaporkan telah dibunuh oleh polis.
Pihak polis sedang cuba untuk menentukan sama ada dia mempunyai rakan penjenayah yang bersekongkol dalam insiden ini.
Selepas insiden itu, Datuk Bandar, Christian Estrosi dan polis menggesa penduduk untuk tinggal di dalam rumah. – Agensi
The post 75 orang maut dirempuh trak di Nice appeared first on Portal Islam dan Melayu.
Sumber
Ulasan
Catat Ulasan