ADUN BN Pulau Pinang cabar Guan Eng adakan sidang DUN tergempar

Farid Saad

BALIK PULAU, Rabu – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Barisan Nasional (BN) Pulau Pinang, hari ini mencabar Ketua Menteri, Lim Guan Eng mengadakan Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) tergempar.

ADUN Pulau Betong, Muhamad Farid Saad berkata, ia perlu diadakan bagi mencapai kata putus berhubung cadangan Pilihan Raya Negeri (PRN).

Katanya, beliau hairan apabila tiada seorang ADUN daripada pakatan harapan mengusulkan Sidang DUN tergempar kepada Guan Eng.

“Saya tahu ada dalam kalangan 29 ADUN (pakatan harapan) yang tidak bersetuju dengan cadangan mengadakan PRN ini tetapi semuanya hanya menjadi ‘pak turut’.

“PKR juga tidak bersetuju untuk PRN diadakan dan bagi saya, Sidang DUN tergempar adalah ruang paling sesuai untuk buat keputusan kerana rakyat perlu tahu juga,” katanya selepas menghadiri Program Apa Kata Gen Y di Politeknik Balik Pulau di sini, hari ini.

Beliau mengulas keputusan PKR yang memohon lebih banyak masa untuk membuat keputusan berhubung cadangan mengadakan PRN seperti diumumkan Presidennya, Datuk Seri Dr Wan Azizah Ismail, semalam.

Dr Wan Azizah yang juga Ketua Pembangkang berkata, PKR akan menghantar satu delegasi pimpinan tertinggi untuk menerangkan keputusan parti itu kepada pimpinan DAP dalam masa terdekat.

Baru-baru ini, Setiausaha Agung DAP itu memberitahu sidang berita bahawa DAP akan memberi masa kepada rakan sekutunya dalam Pakatan Harapan (PKR dan PAN) untuk berbincang sebelum membuat keputusan mengenai pilihan raya negeri itu.

The post ADUN BN Pulau Pinang cabar Guan Eng adakan sidang DUN tergempar appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?