Aleppo terputus bekalan makanan, bahan api
DAMSYIK, Isnin – Penduduk di wilayah Aleppo, Syria kini berhadapan masalah kekurangan bekalan makanan dan bahan api berikutan tindakan tentera Syria menutup jalan utama yang menjadi laluan penting penghantaran bekalan ke wilayah itu.
Jalan berkenaan merupakan satu-satunya laluan penting untuk penghantaran bekalan ke kawasan yang dikuasai kumpulan pemberontak di timur wilayah Aleppo.
Susulan itu, setakat ini dilaporkan kira-kira 200,000 penduduk masih terperangkap di wilayah itu yang terbahagi kepada dua bahagian antara tentera kerajaan dan kumpulan pemberontak, sejak pertempuran meletus pada pertengahan 2012.
Semalam, tentera Syria mengumumkan gencatan senjata lanjutan selama 72 jam selepas gencatan senjata yang bermula pada Rabu lalu dicemari dengan pertempuran antara kedua-dua pihak.
Sementara itu, di utara Aleppo, sekurang-kurangnya 43 orang awam terbunuh sejak tentera kerajaan menggempur wilayah itu Rabu lalu.
Pemantau Hak Asasi Manusia bagi Syria pula memberitahu bahawa seramai 34 orang awam terbunuh selepas pemberontak melancarkan serangan di beberapa bahagian di wilayah itu yang dikuasai tentera. – Agensi
The post Aleppo terputus bekalan makanan, bahan api appeared first on Portal Islam dan Melayu.
Sumber
Ulasan
Catat Ulasan