Aliran trafik lancar kedua-dua arah lebuh raya utama tengah hari ini
KUALA LUMPUR, Selasa – Aliran trafik dilaporkan lancar dan terkawal di sepanjang Lebuhraya Utara-Selatan setakat 12 tengah hari ini.
Jurucakap Pusat Kawalan Trafik Plus Expressways Bhd ketika dihubungi Bernama berkata aliran trafik menuju ke ibu negara terkawal dengan tiada lokasi dilaporkan mengalami kesesakan.
Sementara itu, jurucakap Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) memaklumkan aliran trafik turut lancar dan terkawal di sepanjang Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak, Lebuhraya Pantai Timur 1 (LPT1) dan LPT2 di kedua-dua arah.
Orang ramai boleh mendapatkan maklumat trafik terkini menerusi talian bebas tol Plusline di 1800-88-0000 dan laman twitter di http://www.twitter.com/plustrafik atau talian LLM di 1800-88-7752 serta laman Twitter di http://www.twitter.com/llminfotrafik. – Bernama
The post Aliran trafik lancar kedua-dua arah lebuh raya utama tengah hari ini appeared first on Portal Islam dan Melayu.
Sumber
Ulasan
Catat Ulasan