Anak tiri Najib dakwa dana $AS94 juta adalah hadiah
KUALA LUMPUR, Khamis – Jabatan Kehakiman (DoJ) Amerika Syarikat berkata, anak tiri Datuk Seri Najib Razak, Riza Aziz mendakwa bahawa dana 1MDB bernilai AS$94 juta (RM381 juta) dalam akaun yang dimiliki akses olehnya adalah hadiah daripada syarikat Aabar BVI.
Menurut DoJ, Aabar BVI menerima AS$1.367 bilion wang yang diselewengkan daripada bon 1MDB untuk perjanjian pembelian kuasa pada 2012.
Daripada jumlah itu, AS$238 juta dimasukkan ke akaun syarikat perfileman Riza, Red Granite di Singapura.
Jabatan kehakiman itu mendakwa, Riza menggunakan AS$94 juta wang itu untuk membeli tiga hartanah iaitu di New York City, Beverly Hills dan London.
“(Riza) Aziz mendakwa – termasuk dalam laporan cukainya pada 2012 – wang itu adalah ‘hadiah’ daripada Aabar BVI,” kata laporan itu semalam.
Dalam saman yang dikemukakan jabatan kehakiman itu, DoJ memperincikan bagaimana firma perakaunan berpangkalan di AS, Nigro Karlin Segal Feldstein & Bolno (NKSFB) cuba mendapatkan penjelasan berkenaan “hadiah” itu.
“Dana itu datang daripada seorang pelabur dalam Red Granite Capital, saya tidak dapat mengesahkannya tanpa bukti bahawa ia bukan pendapatan kepada Riza.
“Firma itu berada dalam risiko, angka-angkanya terlalu tinggi,” kata seorang rakan kongsi NKSF melalui e-mel.
Seorang pengarah urusan di firma itu yang bertindak bagi pihak Riza menjelaskan Aabar BVI adalah “sebuah syarikat pegangan persendirian seorang rakan keluarga”
Bagaimanapun, DoJ menafikan dakwaan Riza dengan menjelaskan pada tarikh pemindahan itu berlangsung, Aabar BVI sebenarnya menyalurkan AS$133 juta kepada Red Granite.
DoJ berkata, dana sebanyak AS$94 juta itu adalah jumlah yang dipindahkan Riza ke Amerika Syarikat dalam tempoh kira-kira lima bulan dan digunakan untuk membeli aset peribadi.
Selain menggunakan dana itu untuk membeli hartanah, DoJ turut mendakwa bahawa dana AS$64 yang diseleweng dari 1MDB digunakan untuk membiayai filem lucah ‘The Wolf of The Wall Street’
Terdahulu, Red Granite menafikan menerima dana berkenaan sambil berkata, syarikat itu tidak pernah secara sedar menggunakan sebarang sumber kewangan yang tidak sah.
“Setahu Red Granite, tidak ada satu pun dana yang diterimanya empat tahun lalu merupakan sumber tidak sah dan tindakan undang-undang (Jabatan Kehakiman) hari ini juga tidak mendakwa Red Granite mengetahui sebaliknya,” kata syarikat itu.
The post Anak tiri Najib dakwa dana $AS94 juta adalah hadiah appeared first on Portal Islam dan Melayu.
Sumber
Ulasan
Catat Ulasan