Apandi gesa orang ramai tidak buat andaian kerana Najib tidak dinamakan

apandi-ag1

KUALA LUMPUR, Khamis – Peguam Negara, Tan Sri Mohamed Apandi Ali ingin mengingatkan orang ramai bahawa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak tidak dinamakan mahupun dituduh atas sebarang salahlaku syarikat 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Beliau berkata demikian susulan berasa khuatir melihat dakwaan terhadap Perdana Menteri berikutan tindakan undang-undang yang dipohon Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat (DoJ), semalam.

“Peguam Negara mahu menjelaskan bahawa tuntutan sivil yang dibuat DoJ Amerika Syarikat tidak sama sekali menamakan Perdana Menteri sebagai defendan, atau mendakwa Perdana Menteri melakukan sebarang salahlaku jenayah.

“Setakat ini, tidak ada pendakwaan jenayah diadakan terhadap mana-mana individu untuk salahlaku melesapkan dana daripada 1MDB.” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Semalam, DoJ Amerika Syarikat mengumumkan bahawa mereka telah mengemukakan saman bagi melucuthakkan beberapa harta yang ada kaitan dengan ‘kehilangan’ dana syarikat pelaburan 1MDB.

Dalam saman yang difaikan di Los Angeles itu, DoJ berkata, mereka mahu merampas aset-aset yang “terbabit dalam atau boleh dikesan kepada suatu konspirasi untuk mengubah wang yang dilesapkan daripada 1MDB”.

DoJ mendakwa kesalahan itu dilakukan sepanjang tempoh empat tahun dan melibatkan pelbagai individu, termasuk pegawai-pegawai warga Malaysia dan rakan-rakan mereka, yang berkonspirasi untuk melencongkan berbilion dolar dengan tipuan daripada 1MDB.

DoJ menamakan anak kepada isteri Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, Datin Seri Rosmah Mansor dengan suami pertamanya – Riza Shahriz Abdul Aziz – sebagai ‘individu berkaitan’, selain ahli perniagaan Jho Low, Tan Kim Loong (rakan sekutu Jho Low – pemilik beberapa akaun bank di mana dana 1MDB yang diseleweng dipindahkan) dan pegawai kerajaan Abu Dhabi, Khadem al-Qubaisi serta Mohamed Ahmed Badawy Al-Husseiny.

The post Apandi gesa orang ramai tidak buat andaian kerana Najib tidak dinamakan appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?