Bahan letupan IS dipercayai untuk serang Bukit Aman

Gambar fail sumber Kosmo

Gambar fail sumber Kosmo

KUALA LUMPUR, Ahad – Anggota kanan kumpulan militan IS yang ditahan bersama 13 lagi suspek termasuk bahan letupan ‘Improvised Explosive Device’ (IED) dipercayai mempunyai niat untuk melancarkan serangan terhadap pegawai tertinggi di Bukit Aman.

IED seberat 1 kilogram milik mereka itu berupaya untuk memusnahkan sebuah kenderaan dalam satu serangan yang mana ianya disimpan di sebuah rumah di Kampung Melayu, Sungai Buloh, lokasi salah seorang anggota militan yang diserbu polis.

Rumah tersebut dipercayai menjadi tempat penyimpanan bagi kumpulan pengganas berkenaan.

Kesemua mereka disyaki menerima arahan daripada Muhammad Wanndy Mohamed Jedi, anggota sel sama yang ditahan dalam operasi penghujung bulan lepas, untuk melancarkan serangan terhadap pegawai tertinggi Bukit Aman.

Mereka yang ditahan antaranya bekerja sebagai tukang masak di sebuah restoran francais di Lembah Klang, dua pekerja syarikat swasta, seorang pelajar institusi pengajian tinggi swasta (IPTS) dan seorang lagi mekanik.

Kesemua suspek ditahan oleh Bahagian Anti Pengganas, Cawangan Khas Bukit Aman di sekitar Selangor, Perak, Kedah, Pulau Pinang dan Sabah.

Mereka disyaki melakukan kesalahan mengikut BAB VIA -kesalahan berkaitan dengan keganasan, Kanun Keseksaan (Akta574) dan akan disiasat mengikut prosedur di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (Akta 747).

The post Bahan letupan IS dipercayai untuk serang Bukit Aman appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?