Bahaya jika terlalu banyak main Pokemon Go, kata ulama Al-Azhar

pokemon_go

KAHERAH, Isnin – Seorang ulama Sunni terkemuka Mesir memberi amaran mengenai bahaya terlalu banyak bermain aplikasi permainan telefon bimbit, Pokemon Go.

Timbalan Syaikh Institut Al-Azhar Mesir, Abbas Shumman berkata, permainan itu membuatkan orang sibuk dengannya, mengabaikan kerja utama mereka dan ia juga mungkin meletakkan mereka dalam bahaya.

Namun, beliau berkata, tiada masalah sekiranya pengguna ingin bermain secara sederhana jika mereka berada di rumah atau di tempat yang selamat.

Beliau turut menyamakan ia dengan situasi sekiranya seseorang membaca al-Quran semasa sedang berjalan.

“Jika seseorang sibuk membaca Al-Quran semasa dia berjalan di jalan, ini mungkin boleh membawa kepada kemalangan jadi kita juga akan memberitahu dia supaya tidak membaca dengan cara ini,” katanya.

Baru-baru ini, Ejen Peronda Amerika Syarikat (AS) menjumpai dua pengguna aplikasi permainan itu sedang sibuk menangkap raksasa kartun Pokemon Go sambil merayau di seluruh sempadan AS-Kanada.

Kedua-dua remaja itu terlalu khusyuk dengan Pokemon Go sehingga mereka kehilangan jejak di mana mereka berada.

Mereka melintasi sempadan antarabangsa secara tidak sengaja, tetapi akhirnya ejen dapat menemukan mereka kembali dengan ibu mereka. – Agensi

The post Bahaya jika terlalu banyak main Pokemon Go, kata ulama Al-Azhar appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?