DAP tunggu keputusan sekutu sebelum adakan PRN Pulau Pinang
GEORGETOWN, Sabtu – Parti rasis dan cauvinis DAP masih menunggu persetujuan daripada rakan sekutunya dalam pakatan harapan sebelum memutuskan untuk melaksanakan pilihan raya mengejut di Pulau Pinang.
Ketua Menteri, Lim Guan Eng berkata, DAP yakin rakan dalam pakatan iaitu PKR dan PAN sudah jelas mengenai keperluan pilihan raya negeri (PRN) perlu dibuat sekarang.
“Kami akan adakan mesyuarat esok, sila tunggu pengumumannya,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Simposium Peringatan Dr Wu Lien-Teh di sini, hari ini.
Rabu lalu, Guan Eng berkata tidak akan mengambil keputusan secara unilateral berhubung PRN, malah akan meneruskan perbincangan dengan sekutunya dan akan memberikan masa secukupnya untuk mereka membuat pertimbangan, tapi tidaklah selamanya.
Baru-baru ini, media tempatan melaporkan Timbalan Ketua Menteri II Pulau Pinang P Ramasamy sebagai berkata, DAP menyenaraikan dua pilihan sebagai respons kepada dua tuduhan rasuah yang dihadapi Lim, yang juga Setiausaha Agung DAP.
Pilihan pertama ialah mengadakan pilihan raya mengejut bagi mengukur respons rakyat negeri ini terhadap tuduhan yang dikenakan ke atas Lim dan pilihan kedua ialah menunggu pilihan raya umum akan datang, yang perlu diadakan tidak lewat daripada Ogos 2018.
Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang mempunyai 40 kerusi dengan DAP menguasai 19 kerusi, PKR 10, Barisan Nasional (BN) 10 dan PAS 1. – Bernama
The post DAP tunggu keputusan sekutu sebelum adakan PRN Pulau Pinang appeared first on Portal Islam dan Melayu.
Sumber
Ulasan
Catat Ulasan