Erdogan dakwa komander tentera AS sokong komplot rampasan kuasa

socom-joseph-votel

ANKARA, Sabtu – Presiden Turki, Recep Tayyip Erdogan mendakwa seorang komander di Pusat Arahan Utama Amerika Syarikat (AS), Jeneral Joseph Votel menyokong komplot rampasan kuasa tentera di Turki.

Terdahulu, Votel berkata, cubaan rampasan kuasa berkenaan dan penahanan berpuluh-puluh jeneral Turki ekoran rampasan kuasa itu boleh menjejaskan kerjasama tentera antara Amerika dan Turki.

Terutama sekali apabila AS kehilangan tokoh-tokoh utama tentera Turki yang kini ditahan di penjara dan didakwa terlibat dalam rampasan kuasa itu.

Erdogan, bagaimanapun menempelak kenyataan Votel itu dengan berkata: “Sedar di mana kamu!”

“Komplot yang merancang rampasan kuasa itu berada di negara kamu, kamu sedang melindunginya,” katanya, merujuk kepada ulama Fethullah Gulen yang kini berlindung di AS, yang didakwa Ankara menjadi dalang rampasan kuasa itu.

“Kamu memihak kepada komplot yang melancarkan rampasan kuasa dan bukan mengucapkan terima kasih kepada kerajaan Turki kerana berjaya menumpaskan rampasan kuasa itu,” kata Erdogan dalam nada marah semasa berucap di sebuah pusat tentera di Golbasi di luar Ankara.

Turki ialah negara penting yang menganggotai pakatan tentera diketuai AS dalam kempen memerangi militan Daesh di Syria, dengan pangkalan tenteranya di Incirlik digunakan sebagai hab untuk melancarkan serangan ke atas kumpulan militan itu. – Agensi

The post Erdogan dakwa komander tentera AS sokong komplot rampasan kuasa appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?