Halang ambulans: 20 pemandu guna lorong kecemasan didenda sehingga RM2,000

ss

ALOR GAJAH, Isnin – 20 pemandu kenderaan yang menggunakan lorong kecemasan di Lebuh Raya Utara-Selatan dan menghalang laluan ambulans pada 22 Mei lalu dihadapkan ke Mahkamah Majistret Alor Gajah hari ini.

Mereka didakwa melakukan kesalahan mengikut Kaedah 53(1) Kaedah Lalu Lintas Jalan Raya 1959 yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM2,000 atau penjara tidak kurang setahun jika sabit kesalahan.

Majistret Nor Azizah Yusof menjatuhkan hukuman itu dengan kadar denda antara RM1,000 hingga RM2,000 terhadap kesemua pemandu terbabit, manakala pendakwaan dilakukan oleh Pegawai Pendakwa Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Nur Azlina Jacqueline Abdullah.

Mereka adalah antara 23 pemandu kenderaan yang dikesan menyalahgunakan lorong kecemasan di Kilometer 222 lebuh raya itu sehingga menyebabkan ambulans lewat tiba di lokasi kemalangan.

Dalam kejadian kira-kira jam 3.30 petang itu, penunggang dan pembonceng motosikal berkenaan cedera parah selepas melanggar sebuah kereta yang diletakkan di lorong kecemasan akibat rosak.

Bagaimanapun, kelewatan ambulans yang tidak dapat menggunakan laluan kecemasan akibat dihalang kenderaan lain telah menyebabkan dua adik beradik itu maut sebelum sempat dirawat di hospital.

The post Halang ambulans: 20 pemandu guna lorong kecemasan didenda sehingga RM2,000 appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?