Isma desak tubuh Suruhanjaya Diraja siasat 1MDB

Ikatan Muslimin Malaysia bukan sekadar melihat tindakan Jabatan Kehakiman AS berhubung skandal 1MDB sebagai suatu yang serius, bahkan luar biasa. Ini kerana ia amat bertentangan dengan kenyataan Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali (seperti yang disiarkan oleh laman berita Astro Awani pada 21hb Julai 2016) yang menegaskan bahawa tiada bukti daripada mana-mana agensi penguatkuasaan yang menunjukkan wang digelapkan daripada syarikat 1MDB.

Sehubungan itu, Ikatan Muslimin Malaysia mendesak agar ditubuhkan satu Suruhanjaya Diraja bagi menjalankan siasatan yang adil dan telus terhadap salah laku kewangan dalam 1MDB seperti yang dibongkarkan oleh kerajaan AS.

Ustaz Mohd Hazizi Ab Rahman
Ketua Penerangan Isma

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?