Israel bawa masuk 220 Yahudi dari Amerika ke Palestin
TEBING BARAT, Rabu – Rejim Zinois dilaporkan membawa masuk kira-kira 220 Yahudi dari Amerika Syarikat dan Kanada ke Palestin.
Kumpulan Yahudi itu dikatakan tiba di di Lapangan Terbang Ben Gurion, semalam menaiki pesawat yang disewa khas oleh kumpulan yang disokong kerajaan Israel ‘Nefesh B’Nefesh’.
Difahamkan Israel membawa kumpulan Yahudi ini adalah bertujuan untuk menggalak dan memudahkan penghijrahan Yahudi dari AS, Kanada dan Inggeris untuk menduduki penempatan-penempatan haram Israel di wilayah Palestin.
Nefesh B’Nefesh ini dimaklumkan mempunyai kerjasama erat dengan pertubuhan Yahudi untuk Israel, kerajaan Israel dan beberapa organisasi Zionis.
Dilaporkan sejak 2002, Nefesh B’Nefesh ini telah membawa lebih dari 45.000 orang Yahudi untuk menetap di Palestin.
Ketika ini, jumlah peneroka haram di dalam dan sekitar Al-Quds telah mencapai 382,031 orang. – Agensi
The post Israel bawa masuk 220 Yahudi dari Amerika ke Palestin appeared first on Portal Islam dan Melayu.
Sumber
Ulasan
Catat Ulasan