Jabatan Kesihatan Negeri Sembilan keluarkan 36 notis kepada perokok

resize.transformed

SEREMBAN, Rabu — Jabatan Kesihatan Negeri Sembilan mengeluarkan 36 notis kesalahan terhadap individu yang dikenal pasti melanggar Peraturan-Peraturan Kawalan Hasil Tembakau 2004 dalam operasi pada Isnin lepas.

Pengarah Kesihatan negeri, Dr Abdul Rahim Abdullah berkata, notis berkenaan dikeluarkan mengikut Seksyen 32B Peraturan-Peraturan Kawalan Hasil Tembakau 2004.

Beliau berkata, operasi itu bertujuan memastikan tiada individu merokok di kawasan larangan merokok yang diwartakan di bawah Perkara 11(1) serta memastikan setiap pemilik premis memasang papan tanda larangan merokok mengikut Perkara 12(1)(a) Peraturan-Peraturan Kawalan Hasil Tembakau 2004.

“Pihak Jabatan Kesihatan akan sentiasa menguatkuasakan Peraturan-Peraturan Kawalan Hasil Tembakau 2004 demi kesihatan orang awam,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Operasi itu diadakan di 14 premis melibatkan pejabat kerajaan, hentian pengangkutan awam, hospital, stesen minyak dan kompleks membeli-belah sekitar Seremban selama empat jam bermula 9.30 pagi.

Ia disertai 32 anggota terdiri pegawai dan penolong pegawai Kesihatan Persekitaran daripada Unit Inspektorat dan Perundangan Jabatan Kesihatan negeri serta Pejabat Kesihatan Daerah Jelebu, Kuala Pilah, Tampin, Seremban, Port Dickson dan Jempol. — Bernama

The post Jabatan Kesihatan Negeri Sembilan keluarkan 36 notis kepada perokok appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?