Jerman rancang latih lebih 100 pelarian Syria bantu bina semula negara

2fe4eb37-8588-4333-862c-864fb2f1c2f8-2060x1236

Gambar hiasan

BERLIN, Ahad – Tentera Jerman merancang untuk melatih lebih 100 pelarian Syria bagi khidmat awam untuk membantu membina semula negara mereka yang hampir musnah.

Menteri Pertahanan, Ursula Von Der Leyen dalam satu kenyataan berkata, projek itu akan memberi tumpuan kepada melatih pelarian dalam pelbagai bidang seperti teknologi, perubatan dan logistik.

“Ideanya adalah mereka akan balik semula ke Syria satu hari nanti dan membantu usaha pembinaan semula negara mereka,” katanya.

Mengulas lanjut beliau Von Der berkata, Jerman juga memainkan peranan dalam melatih pasukan keselamatan Syria sebaik ia memiliki kerajaan sah.

Ini berikutan, Pelarian Syria boleh melakukan tugas awam untuk tentera Jerman tetapi tidak layak menjadi angpota tentera.

Sebelum ini Von Der Leyen mencetuskan kontroversi apabila mencadangkan penduduk Kesatuan Eropah (EU) boleh mengambil alih peranan pasukan bersenjata di Jerman dalam kes tertentu. – Agensi

The post Jerman rancang latih lebih 100 pelarian Syria bantu bina semula negara appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?