Jumlah penduduk Cina menurun

cina

BANGI, Selasa – Jumlah penduduk Cina di negara ini dijangka menurun sebanyak 2 hingga 2.5 peratus setiap 10 tahun dalam tempoh 30 hingga 40 tahun akan datang, kata Ketua Jabatan Pengajian Cina, Prof Dr Chin Chong Foh.

Mengikut statistik, jumlah penduduk Cina itu dilaporkan menurun kurang daripada 25 peratus sejak beberapa tahun kebelakangan ini, lapor Sin Chew Daily.

Bagi mengatasi masalah kekurangan kaum Cina ini, Dr Chin berpendapat, setiap keluarga Cina perlu mempunyai sekurang-kurangnya tiga anak.

Beliau berkata, terdapat beberapa sebab nisbah penduduk Cina semakin merosot di Malaysia antaranya disebabkan orang Cina cenderung untuk berkahwin lewat dan mahu mempunyai sedikit anak.

Selain itu katanya, ia juga disebabkan penduduk Cina telah berhijrah dalam tempoh 30 tahun.

Secara keseluruhan, peratusan tertinggi bagi kategori penduduk warganegara di Malaysia adalah kaum Melayu iaitu sebanyak 68.6 peratus (21.74 juta) diikuti oleh etnik Cina, 23.4 peratus (7.41 juta), India 7.0 peratus (2.21 juta) dan lain-lain 1.0 peratus (3.17 juta).

Untuk itu, Sin Chew merumuskan bahawa walaupun jumlah keturunan Cina telah melebihi tujuh juta orang, namun kadar pertumbuhannya menunjukkan penurunan dan keadaan ini perlu diberikan perhatian serius.

The post Jumlah penduduk Cina menurun appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?