Kerajaan lulus 497 projek pembangunan kampung baru Cina bernilai RM39 juta

weekasiongmca1610
BANGI, Selasa – Sebanyak 497 projek berjumlah RM39 juta telah diluluskan kerajaan bagi membangunkan Kampung Baru Cina seluruh negara.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong berkata, fakta itu menafikan dakwaan bahawa kerajaan meminggirkan kampung baru Cina, lapor Bernama hari ini.

“Kerajaan telah memperuntukkan hampir RM300 juta dalam Rancangan Malaysia Ke-10 untuk pembangunan infrastruktur bagi menjalankan projek di kampung-kampung baru dan pada tahun 2016, peruntukan sebanyak RM60 juta telah disediakan.

“Setakat semalam, kita telah luluskan sebanyak 497 projek berjumlah RM39 juta. Ini dapat membuktikan bahawa kerajaan tidak pernah meminggirkan pembangunan kampung baru, jadi kalau ada mana-mana pihak yang mengatakan kita tidak menjaga kampung baru, itu tidak betul,” katanya pada sidang media di Wisma MCA, di sini hari ini.

Pada sidang media sama, beliau mengumumkan tiga puluh ketua kampung mewakili lebih 20 Kampung Baru Cina seluruh negara bakal berlepas ke Hainan, China pada 18 Julai ini bagi mempelajari serta mengambil contoh proses urbanisasi yang berlaku di sana.

Beliau berkata lawatan lima hari itu ditaja pihak Kedutaan China di Malaysia bertujuan memberi peluang kepada ketua-ketua kampung berkenaan melihat sendiri kerancakan proses urbanisasi di bandar-bandar di Hainan seperti Sanya dan Haikou.

“Kita berharap semua ketua kampung akan dapat mempelajari bagaimana mereka jadikan tempat itu sebagai sebuah pusat pelancongan dan seterusnya menjadikan kampung mereka sebagai satu halaman untuk mempromosikan keunikan dan juga daya tarikan masing-masing,” katanya.

Turut hadir pada sidang media berkenaan ialah Setiausaha Ketiga Kedutaan China di Malaysia, Gao Shuang.

Sementara itu, ketika diminta mengulas dakwaan Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng akan membubarkan Dewan Undangan Negeri bagi membolehkan pilihan raya negeri diadakan di negeri itu, Wee yang juga Timbalan Presiden MCA menganggap ia hanyalah gimik politik.

“Jangan terlalu ghairah sangat dengan gimik politik. Sepatutnya beliau (Lim) mencurahkan lebih masa untuk memajukan negeri Pulau Pinang dalam keadaan ekonomi yang tidak menentu ini,” katanya.

 

The post Kerajaan lulus 497 projek pembangunan kampung baru Cina bernilai RM39 juta appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?