Kes denggi minggu ke-27 menurun, tiada laporan jangkitan virus Zika

Datuk-Dr.-Noor-Hisham-Abdullah

PUTRAJAYA, Ahad — Kes demam denggi di seluruh negara menurun 25 peratus pada minggu ke-27 bagi tempoh 3 hingga 9 Julai dengan 1,512 kes dilaporkan berbanding 2,017 kes pada minggu sebelumnya.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, trend kesmingguan ini hampir sama setiap tahun di mana pada masa cuti perayaan ramai pesakit tidak pergi ke klinik untuk mendapatkan rawatan.

Bagaimanapun, beliau berkata kes dijangka akan meningkat dua minggu selepas cuti ini berlalu.

Dr Noor Hisham berkata, jumlah kumulatif kes denggi dari Januari hingga 9 Julai lepas menunjukkan penurunan 5.4 peratus (3,354 kes) iaitu 59,294 kes bagi tahun ini berbanding 62,648 kes bagi tempoh yang sama tahun lepas.

“Bagi tempoh yang sama, sebanyak 134 kematian telah dilaporkan berbanding 173 kematian bagi tempoh sama tahun 2015, dengan peratusan pengurangan sebanyak 22.5 peratus atau 39 kematian,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Jumlah kes lokaliti wabak juga menunjukkan penurunan iaitu daripada 660 lokaliti pada minggu ke-26 kepada 617 lokaliti pada minggu ke-27, katanya.

“Walaupun begitu, banyak lokaliti wabak tidak dapat dikawal dan menjadi hotspot (wabak melebihi sebulan) kerana keadaan persekitaran yang masih kotor,” jelas Dr Noor Hisham.

Menurutnya, purata kadar pembiakan Aedes di kawasan hotspot adalah 3.5 peratus, iaitu melebihi standard yng ditetapkan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) iaitu kurang dari satu peratus.

Oleh sebab itu, katanya, Kementerian Kesihatan menyarankan orang ramai untuk membersihkan kawasan persekitaran rumah masing-masing dan meluangkan masa setiap minggu untuk melaksanakan aktiviti cari dan musnah tempat pembiakan nyamuk Aedes.

Mengenai jangkitan virus Zika, Dr Noor Hisham berkata, 507 sampel telah diuji oleh Makmal Kesihatan Awam Kebangsaan (MKAK) dan juga Institut Penyelidikan Perubatan (IMR) namun, jangkitan virus itu tidak dikesan di negara ini sehingga 7 Julai lepas.  — Bernama

The post Kes denggi minggu ke-27 menurun, tiada laporan jangkitan virus Zika appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?