KKM galakkan orang ramai ambil semula vaksin cegah difteria

sintomas-difteria

GEORGETOWN, Isnin – Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menggalakkan orang ramai untuk mengambil semula suntikan vaksin bagi mencegah wabak difteria yang semakin menular.

Timbalan Menterinya, Datuk Seri Dr Hilmi Yahaya berkata, menjadi keperluan ketika ini untuk semua orang mengambil semula suntikan vaksin termasuk golongan dewasa, khususnya mereka yang mempunyai masalah kesihatan.

“Suntikan vaksin yang diambil semasa bayi biasanya mampu bertahan enam tahun dan antibodi itu akan menurun, terutama apabila seseorang itu dijangkiti penyakit seperti kencing manis, darah tinggi dan sebagainya.

“Bagaimanapun, kita tidak mewajibkan suntikan itu diambil semula dan kerajaan hanya memberi suntikan vaksin percuma sekali seumur hidup,” katanya.

Beliau berkata demikian bagi mengulas kes pertama difteria membabitkan orang dewasa di Rembau, Negeri Sembilan, semalam.

Suri rumah berumur 41 tahun itu disahkan positif difteria dan kini menerima rawatan di Hospital Tuanku Jaafar (HTJ), Seremban.

The post KKM galakkan orang ramai ambil semula vaksin cegah difteria appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?