KKM, institusi agama tangkis dakwaan vaksin beri kesan buruk

ibu-bapa-anti-vaksin-bakal-dipenjara-10-tahun

KUALA LUMPUR, Jumaat – Sebagai usaha meningkatkan kesedaran ibu bapa terhadap pemberian vaksin kepada anak-anak, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) akan menjalankan kerjasama dengan institusi agama bagi melaksanakannya.

Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Perubatan) KKM, Datuk Dr Jeyaindran Sinnadurai berkata, pendekatan itu akan dilakukan dalam bentuk ceramah di masjid atau kawasan perumahan selain sebaran melalui media massa bagi menangkis dakwaan vaksin memberi kesan buruk kepada kanak-kanak.

“Apa yang penting ialah kita ada cukup vaksin untuk diberikan kepada mereka.

“Anak-anak belum vaksin kena hantar ke klinik kesihatan berhampiran,” katanya dalam sidang media di ibu negara, hari ini.

Beliau berkata, susulan penularan virus difteria baru-baru ini, ibu bapa yang membawa anak-anak untuk mendapatkan vaksin juga semakin meningkat.

Awal bulan ini, Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Hilmi Yahaya dilaporkan sebagai berkata, Kementerian Kesihatan akan berbincang dengan beberapa kementerian lain, termasuk Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat tentang cadangan mewujudkan undang-undang mewajibkan suntikan imunisasi kepada kanak-kanak di Malaysia.

The post KKM, institusi agama tangkis dakwaan vaksin beri kesan buruk appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?