Konsert Selena Gomez: Kemungkaran depan mata, tak kan umat Islam mahu berdiam?

omar-kassim-seremban-1024x682

Oleh Siti Fatimah Ishak

BANGI, Khamis – Membiarkan konsert penyanyi terkenal, Selena Gomez diadakan di negara ini seolah-olah kita umat Islam membenarkan kemungkaran berlaku di depan mata, kata Pengerusi Biro Dakwah Isma, Ustaz Haji Omar Kassim.

Beliau berkata, Rasulullah SAW yang kita cintai telah bersabda seperti direkodkan dalam Sahih Muslim, barangsiapa di antara kamu melihat kemungkaran, hendaklah dia cegah dengan tangannya atau kuasa yang dia ada.

“Jika dia tidak mampu, dengan lidahnya. Jika dia tidak mampu dengan hatinya, dan itulah selemah iman.

“Takkan lah bila Selena Gomez datang, mengetahui bagaimana artis Barat berpakaian ketika konsert hingga menampakkan seluruh tubuh, kita umat Islam hanya diam dan membiarkan sahaja. Mana pergi keimanan kita kepada Allah dan Rasul?

“Sedangkan umat Islam baru menghabiskan tarbiah Ramadan dan kini masuk pula bulan haji, mengapa mesti disogokkan dengan budaya kuning hedonisme kebaratan ini?,” soalnya dalam satu kenyataan kepada Ismaweb.

Konsert ‘Selena Gomez The Revival Tour’ dijadualkan berlangsung Isnin ini di Stadium Malawati, Shah Alam.

Bagaimanapun Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Azmin Ali menegaskan bahawa kerajaan Selangor tidak akan membatalkan konsert itu selagi penganjur dan penyanyi tersebut mematuhi syarat-syarat yang ditetapkan.

“Seksi adalah ciptaan Tuhan, ada orang seksi, ada yang tidak seksi, ada orang cantik, ada yang tidak cantik. Kenapa kita perlu kisah dengan keseksiannya dan bukan lirik atau lagunya?” kata Azmin.

Bidas Ustaz Omar, apa yang diucapkan Azmin seperti kenyataan yang berlepas tangan dan amat mengecewakan.

“Beliau berhujah bahawa kita telah ada garis panduan pemakaian artis. Artis tempatan sendiri melanggar panduan pemakaian, apatah lagi artis luar. Budaya masyarakat hari ini, bukan setakat garis pemakaian di konsert, pemakaian ke pejabat sudah tidak dipakai.

“Betapa banyak pejabat yang menetapkan wanita tidak boleh berpakaian ketat, jarang dan longgar ke pejabat, mereka melanggarnya. Garis pemakaian ini tidak boleh dijadikan alasan membenarkan.

“Jika tiket sudah dibeli dan semuanya sudah bersedia untuk konsep mungkar grand tour ini, penganjur mesti sensitif dan memahami budaya masyarakat kita bahawa konsert terdahulu juga pernah dibatalkan. Masyarakat Malaysia khususnya orang Islam sudah meluat dan menolak hiburan melampau sebegini,” katanya.

Sumber: Portal Islam & Melayu

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?