Lagi 14 anggota militan IS ditahan di lima negeri

kpn

BANGI, Sabtu – Polis Diraja Malaysia (PDRM) menahan 14 orang, termasuk seorang wanita yang disyaki terbabit dengan kumpulan pengganas IS dalam beberapa serbuan di lima buah negeri.

Cawangan Khas Bahagian Keganasan Bukit Aman menahan mereka di Selangor, Perak, Kedah, Pulau Pinang dan Sabah di antara 14 Julai dan 20 Julai lalu.

Dua belas daripada suspek yang ditahan disyaki menerima arahan dari anggota militan warga Malaysia di Syria, Muhammad Wandy Mohamed Jedi untuk melancarkan serangan di Malaysia.

Polis turut merampas satu kilogram peralatan letupan dinaik taraf (IED) di Sungai Buloh.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, seorang daripada suspek mengaku berkongsi maklumat mengenai cara-cara menggunakan IED dengan militan lain menerusi aplikasi Telegram.

“Suspek juga mendakwa menerima arahan daripada Muhammad Wandy untuk membuat IED bagi serangan di Lembah Klang.

“Muhammad Wandy juga berjanji untuk membekalkan suspek dengan pistol bagi tujuan mempertahankan diri daripada polis,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Khalid berkata, suspek yang berusia 49 tahun itu telah ditahan di Kedah dan merupakan anggota IS yang paling aktif dalam merekrut ahli baru menerusi ceramah dan usrahnya di Sik.

“Salah seorang anggota yang direkrut suspek adalah Abu Ghani Yaacob atau Abu Kedah, yang terbunuh di Syria pada 17 April lalu,” katanya.

Manakala katanya, seorang lagi suspek wanita berusia 43 tahun yang ditahan di Perak, aktif dalam mempromosikan propaganda IS dan merancang untuk ke selatan Filipina.

The post Lagi 14 anggota militan IS ditahan di lima negeri appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?