LRT laluan Sri Petaling, Ampang digantung sementara Sabtu

lrtt

BANGI, Khamis – Perkhidmatan Transit Aliran Ringan (LRT) Rapid KL laluan Sri Petaling dan Ampang akan digantung sementara Sabtu ini bagi memberi laluan kepada kerja migrasi sepenuhnya sistem semboyan.

Prasarana Malaysia Berhad dalam satu kenyataan hari ini, berkata Rapid KL akan menyediakan bas pengantara percuma bagi memastikan penumpang menikmati keselesaan perjalanan ke destinasi masing-masing.

“Perkhidmatan bas pengantara percuma Sabtu ini adalah sama seperti penyediaan bas pengantara semasa tempoh penggantungan pada 7 dan 8 Julai,” kata kenyataan itu.

Tujuh puluh bas pengantara akan disediakan membabitkan 16 zon laluan dari stesen LRT Bandar Puteri, Kinrara BK5, Sri Petaling, Sungai Besi, Bandar Tun Razak, Cempaka, Pandan Indah, Maluri, Chan Sow Lin, Pudu, Hang Tuah, Sentul Timur, PWTC, Bandaraya, Puchong Prima dan Putra Heights.

Semua bas pengantara akan berlepas ke stesen LRT Masjid Jamek dan berakhir di hab bas Pasar Seni, dekat stesen LRT Pasar Seni.

Melalui penghijrahan sepenuhnya sistem semboyan, penumpang yang menaiki tren baharu enam gerabak boleh menikmati perjalanan terus antara stesen Sentul Timur dan Putra Heights yang akan dikenali secara rasmi sebagai Laluan LRT Petaling pada Sabtu ini.

The post LRT laluan Sri Petaling, Ampang digantung sementara Sabtu appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?