Malaysia dan Singapura meterai MOU projek kereta api berkelajuan tinggi ikonik

PUTRAJAYA 19 JULY 2016. Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak bersama Perdana Menteri Singapura, Lee Hsein Loong menjadi saksi Majlis Menandatangani Perjanjian Persefahaman (MOU) Projek High Speed Rail Malaysia-Singapura yang diwakili oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Abdul Rahman Dahlan (kanan) dan Menteri Penyelaras Bagi Infrastruktur serta Menteri Pengangkutan Singapura, Khaw Boon Wan di Kompleks Seri Perdana, Putrajaya. NSTP/MOHD FADLI HAMZAH

Gambar- Berita Harian

PUTRAJAYA, Selasa – Malaysia dan Singapura hari ini memeterai Memorandum Persefahaman (MoU) berkaitan projek Kereta Api Berkelajuan Tinggi (HSR) Kuala Lumpur-Singapura sekaligus menandakan komitmen kedua-dua negara untuk menjayakan projek ikonik itu.

MoU berkenaan ditandatangani Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Abdul Rahman Dahlan dan Menteri Penyelaras bagi Infrastruktur Singapura, Khaw Boon Wan yang juga Menteri Pengangkutan negara itu, dengan disaksikan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan Perdana Menteri Singapura, Lee Hsien Loong.

Projek HSR, yang disasarkan memulakan operasi pada 2026, akan mempunyai lapan stesen iaitu Bandar Malaysia, Putrajaya, Seremban, Ayer Keroh, Muar, Batu Pahat, Iskandar Puteri dan Singapura.

Landasan sepanjang 350 kilometer (km) itu akan mengurangkan tempoh perjalanan antara Kuala Lumpur dan Singapura kepada hanya 90 minit dengan kelajuan melebihi 300km sejam.
Kedua-dua kerajaan itu akan menawarkan tender antarabangsa pada Ogos 2016 untuk melantik rakan kongsi pembinaan bersama. – Bernama

The post Malaysia dan Singapura meterai MOU projek kereta api berkelajuan tinggi ikonik appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?