Melayu akan hilang kuasa politik jika tidak bersatu mulai sekarang
KUALA LUMPUR, Khamis – Orang Melayu tidak mustahil akan kehilangan kuasa politik pada masa hadapan jika masalah perpecahan akibat ideologi sempit tidak segera diperbaiki.
Penasihat Agama kepada Perdana Menteri, Tan Sri Dr. Abdullah Md. Zin berkata, kesatuan itu perlu dilakukan menerusi semangat jiwa besar para pemimpin politik tanah air.
“Kita perlu gerakkan segera grand design ini demi perpaduan orang Melayu kerana tiada guna untuk kita terngadah selepas kita sudah kehilangan kuasa politik akibat sengketa sesama kita, ketika itu segala-galanya sudah terlewat,” katanya.
Beliau berkata demikian dalam satu Persidangan Meja Bulat Perpaduan Ummah: Peranan Insitut Wasatiyyah Malaysia (IWM) yang disertai pertubuhan bukan kerajaan (NGO), tokoh akademik, pemimpin politik dan wakil media, semalam.
Persidangan itu merumuskan bahawa orang Melayu perlu merangka, memiliki, menggerak dan menjayakan ‘grand design’ atau perancangan besar bagi menyatukan kembali bangsa tersebut yang kini berpecah teruk akibat pertembungan ideologi politik.
Serentak dengan itu juga, Majlis Raja-Raja Melayu digesa memainkan peranan dengan lebih agresif bagi menyatukan orang Melayu sesuai dengan kedudukannya sebagai insitusi dihormati selain menjadi tempat rakyat berpayung.
The post Melayu akan hilang kuasa politik jika tidak bersatu mulai sekarang appeared first on Portal Islam dan Melayu.
Sumber
Ulasan
Catat Ulasan