Namewee besar kepala hasil layanan manja Nazri Aziz

namewee

KUALA LUMPUR, Selasa – Pertubuhan Pribumi Perkasa (Perkasa) menyalahkan tindakan Menteri Pelancongan, Datuk Seri Nazri Aziz yang prihatin terhadap Namewee sebelum ini hingga menyebabkan penyanyi rap itu ‘besar kepala’.

Terbaru, Namewee sekali lagi menunjukkan kebiadapan dan mencetuskan kontroversi apabila menghasilkan muzik video ‘Oh My God’ yang dianggap menghina pelbagai agama, termasuk Islam.

Klip muzik video empat minit yang diarah dan dihasilkan dengan penampilan khas pemuzik Taiwan yang dikenali sebagai Nine-One-One itu dimulai dengan laungan azan, koir gereja, pukulan gong meditasi Buddha dan loceng kuil Hindu.

Ketua Penerangan Perkasa Hassan Basri Muhammmad berkata, akibat layanan ‘manja’ yang diberikan Nazri, maka tiada tindakan dikenakan terhadap penyanyi rap itu walaupun ada laporan polis dibuat.

Hassan berkata, tindakan Namewee boleh mencetuskan pertembungan antara kebencian umat Islam dengan agama lain.

“Perkasa minta jangan ada lagi tindakan berselindung di sebalik menteri yang kononnya melindungi Namewee.

“Nazri sendiri, kita tengok dia bawa (Namewee) pergi Parlimen, bersalam dan macam-macam.

“Kami desak pihak berkuasa mengambil tindakan tegas terhadap kebiadaban budak Cina ini yang mempersendakan dan mempermainkan agama Islam sebagaimana tindakan sebelum ini,” katanya yang dipetik dari FMT, hari ini.

Namewee, menurutnya, perlu didakwa mengikut Akta Komunikasi dan Multimedia kerana tindakannya yang mencetuskan huru-hara dan fitnah, sama seperti dilakukan Alvin Tan dan Vivian Lee.

“Kita tidak menghalang kreativiti seni tetapi kalau ia menyentuh sensitiviti Islam, ini provokasi sehingga mencetuskan suasana tidak senang antara penganut Islam dan bukan Islam sendiri,” katanya.

The post Namewee besar kepala hasil layanan manja Nazri Aziz appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?