Namewee tunjuk biadap lagi, persenda agama
BANGI, Isnin – Penyanyi rap, Namewee, yang sebelum ini mempersendakan lagu Kebangsaan, Negaraku, sekali lagi menunjukkan kebiadapan dan mencetuskan kontroversi apabila menghasilkan muzik video ‘Oh My God’ yang dianggap menghina pelbagai agama, termasuk Islam.
Klip muzik video empat minit yang diarah dan dihasilkan dengan penampilan khas pemuzik Taiwan yang dikenali sebagai Nine-One-One itu dimulai dengan laungan azan, koir gereja, pukulan gong meditasi Buddha dan loceng kuil Hindu.
Dia yang sebelum ini juga menimbulkan kontroversi apabila menyuruh orang Melayu tinggal di hutan, turut menggunakan istilah seperti Allah, Namo Amitabha, Hellelujah dan Om Mani Padme Hum, ketika menyanyi rap dalam klip video itu.
Klip video itu dimuat naik semalam.
Dalam satu klip video berjudul ‘Tokok’ dia menjelaskan keputusannya menyiarkan klip video ‘Oh My God’ bertujuan menggalakkan keharmonian agama di negara ini.
“Perkara yang paling sukar ialah video itu mungkin akan diharamkan di Malaysia. Anda akan memahami selepas anda menonton muzik video itu.
“Kami hanya mahu menggalakkan keharmonian dalam semua agama. Banyak negara berhadapan isu-isu agama…ada juga beberapa negara yang mempunyai konflik berterusan tanpa perdamaian,” katanya.
The post Namewee tunjuk biadap lagi, persenda agama appeared first on Portal Islam dan Melayu.
Sumber
Ulasan
Catat Ulasan