Orang ramai diminta isi borang balik kampung

iparaya240714-10

KAJANG, Jumaat – Orang ramai diminta mengisi borang balik kampung bagi memudahkan pemantauan polis ketika mereka pulang bercuti pada  sambutan Aidilfitri tidak lama lagi.

Ketua Polis Daerah Kajang, ACP Othman Nanyan berkata orang ramai boleh mendapatkan borang itu di mana-mana balai polis berhampiran atau muat turun daripada portal Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Katanya, borang itu harus dikembalikan kepada mana-mana balai polis berhampiran setelah diisi bagi memudahkan pihak polis merekodkan maklumat rumah berkenaan.

“Selain itu, kami juga telah mengedarkan borang berkenaan kepada orang ramai di beberapa kawasan di sekitar Kajang.

“Kami tidak mahu sebarang kejadian tidak diingini seperti kes pecah rumah berlaku ketika mereka pulang ke kampung,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan Op Selamat ke-9 Peringkat Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kajang di Plaza Tol Sungai Balak di sini, hari ini.

Beliau berkata seramai 1,167 pegawai dan anggota daripada IPD Kajang akan bertugas ketika sambutan Aidilfitri ini.

“Kita ada 150 anggota akan bertugas mengikut jadual dan masa yang telah ditetapkan,” katanya.

Mengulas mengenai Op Selamat ke-9, Othman berkata anggota akan ditempatkan di kawasan yang dikenal pasti berisiko tinggi kemalangan selain untuk mengawal kesesakan lalu lintas.

Katanya, sebanyak 507 kemalangan direkodkan bagi Op Selamat pada Aidilfitri tahun lepas di Kajang.

“Kita telah atur strategi untuk memastikan kadar kemalangan dapat dikurangkan ke tahap paling minimum,” katanya.- Bernama

The post Orang ramai diminta isi borang balik kampung appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian