Panglima Tentera Turki dijadikan tebusan
ANKARA, Sabtu – Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Hulusi Akar berjaya diselamatkan apabila menjadi mangsa tebusan dalam rampasan kuasa menggulingkan Presiden Recep Tayyip Erdogan, semalam.
Pasukan keselamatan Turki memaklumkan Jeneral Hulusi dijadikan tebusan di sebuah pangkalan udara di barat laut ibu negara.
Menurut laporan media, operasi menyelamat itu dilakukan di pangkalan udara Akinci selepas Jeneral Hulusi dijadikan tebusan oleh kumpulan perancang yang melakukan cubaan rampasan kuasa berkenaan.
Awal pagi tadi waktu tempatan, Perdana Menteri, Binali Yildirim mengumumkan pelantikan sementara Jeneral Umit Dundar sebagai Panglima Angkatan Tentera yang baharu menggantikan Jeneral Hulusi.
Ia berikutan ketika itu nasib Hulusi masih menjadi persoalan sama ada terbabit dalam rampasan kuasa atau tidak. – Agensi
The post Panglima Tentera Turki dijadikan tebusan appeared first on Portal Islam dan Melayu.
Sumber
Ulasan
Catat Ulasan