PAS sindir ‘Malaysian Official 1’ dan ‘perompak’ dalam skandal 1MDB

tuan-ibrahim-600x400

BANGI, Selasa – BANGI, Selasa – Timbalan Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, hari ini menyindir ‘Malaysian Official 1’ dan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dengan memberi cerita mengenai perompak yang membuat kebajikan, akan tetap juga dipanggil perompak.

Memuat naik status kiriman dalam Facebooknya, beliau menceritakan:

“A bayar ke B, B pula bayar ke C, C bayar ke D, dan D ialah kawan-kawan karib yang ada hubungan dengan pengurus besar A.

“A dengan mudahnya menegaskan tiada salahlaku dan tiada duit yang hilang. Bagi A, urusannya hanya dengan B, tak kisahlah samada B ini syarikat kosong ataupun tidak.

“Pendek kata, apa yang B buat dengan duit A, bukan masalah A, walaupun duit yang dibayar ke B akhirnya pulang ke mereka yang rapat dengan pengurus besar A melalui C dan D.

“Akhirnya yang berhutang hanyalah A. Pihak B, C dan D menikmati gaya hidup termewah di dunia.

“Meskipun demikian, masih ada yang memuji bahawa syarikat A banyak membuat kebajikan. Namun, perompak berkebajikan tetap adalah perompak,” katanya.

Sebelum ini, Biro Siasatan Persekutuan (FBI) dengan kerjasama DoJ Amerika Syarikat mengemukakan saman sivil untuk menyita lebih AS$1 bilion aset didakwa diperolehi melalui dana 1MDB.

Dalam saman itu, AS$731 juta dana 1MDB didakwa mengalir ke akaun bank rasmi ‘Malaysian Official 1′ (MO1).

Walaupun tidak disebutkan secara khusus nama MO1 itu, namun laporan juga mendedahkan tokoh itu sebagai “pegawai berpangkat tinggi dalam kerajaan Malaysia yang juga mempunyai kedudukan berkuasa dalam 1MDB”.

Mengulas lanjut perkara itu, Tuan Ibrahim berkata, kegagalan beberapa agensi berkuasa negara termasuk pengaruh kuasa politik telah menyebabkan pihak yang terlibat berhubung siasatan itu diberhentikan.

Ini secara langsung katanya, membuatkan rakyat Malaysia mula merasakan seolah-olah negara tidak berupaya untuk membongkar dan menyelesaikan kes 1MDB.

“Akibatnya, apabila ada negara lain yang sudi membongkar isu 1MDB, seperti Jabatan Keadilan Amerika Syarikat (DOJ) dan juga negara-negara lain, rakyat terus mempercayai apa yang didedahkan penyiasatan mereka.

“Jangan salahkan rakyat. Rakyat tiada pilihan kerana alasan-alasan yang bukan sahaja kurang logik malah tidak konsisten yang diberikan pihak berkuasa selama ini melanggar akal mereka.

“AS mahu menjaga negaranya daripada dijadikan tempat mencuci wang haram, atau wang rompakan daripada negara lain,” katanya.

The post PAS sindir ‘Malaysian Official 1’ dan ‘perompak’ dalam skandal 1MDB appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?