Patung kuil Hindu di Pulau Pinang dirosakkan

Patung ini dirosakkan pada awal Jun 2016.

Patung ini dirosakkan pada awal Jun 2016.

GEORGE TOWN, Ahad – Beberapa individu tidak bertanggungjawab merosakkan sebuah patung di kuil Hindu di Bayan Baru di sini malam tadi.

Mereka merosakkan patung berharga kira-kira RM500 itu yang disimpan di Kuil Dewa Sri Mathurai Veeran.

Siasatan awal polis mendapati kuil itu kini tidak digunakan bagi aktiviti keagamaan, kata ketua polis Daerah Barat Daya Supt Lai Fah Hin.

Dalam kenyataan di sini hari ini, beliau berkata pihak pengurusan kuil yang terletak di tanah persendirian itu telah diberi notis oleh pemilik tanah supaya mengosongkan kawasan berkenaan.

Ini adalah kes ketiga sepertinya yang dilaporkan sejak bulan lepas.

Pada awal Jun, dua patung dirosakkan, dengan kes pertama dilaporkan berlaku di sebuah kuil Hindu di Estet Penanti, Ara Kuda. – Bernama

The post Patung kuil Hindu di Pulau Pinang dirosakkan appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian