PDRM tak gentar ugutan keganasan

Minister of Defence YB Dato' Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

KUALA LUMPUR, Selasa – Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yakin bahawa Polis Diraja Malaysia (PDRM) tidak akan gentar dengan ugutan keganasan yang diterima pihak itu sejak akhir-akhir ini.

Beliau berkata, ancaman yang diterima beberapa pegawai kanan polis susulan ketegasan mereka dalam menangani ancaman militan di Malaysia seharusnya tidak akan mengurangkan komitmen PDRM dalam terus memerangi kegiatan keganasan.

“Sebagai Menteri Dalam Negeri saya juga akan terus memberi sokongan moral kepada pegawai dan juga anggota PDRM yang sentiasa berusaha menjaga keselamatan serta keamanan rakyat,” katanya.

Beliau berkata demikian sebagai respon kenyataan Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar, semalam yang mengesahkan masih menerima ancaman keselamatan daripada beberapa pihak.

Sebelum ini, Khalid dan Ketua Penolong Pengarah Counter Terrorism, Cawangan Khas (E8), Bukit Aman, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay dikatakan beberapa kali menerima ugutan keselamatan, termasuk bunuh daripada anggota kumpulan pengganas IS rakyat Malaysia di Syria, khususnya Muhamad Wanndy Mohamad Jedi.

Susulan itu Zahid berkata, rakyat juga diminta supaya tidak memandang ringan kewujudan eleman keganasan di Malaysia.

“Ia bukannya gimik atau publisiti PDRM, sebaliknya ini amat serius dan perlu diberi perhatian,” katanya.

The post PDRM tak gentar ugutan keganasan appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?