Pemberontak lancar serangan di Aleppo

A fighter of the Syria Democratic Forces (SDF) points while sitting in a look out position in the western rural area of Manbij, in Aleppo Governorate, Syria, June 13, 2016. REUTERS/Rodi Said

BEIRUT, Selasa – Kumpulan pemberontak melancarkan serangan ke atas kawasan yang dipegang oleh kerajaan Bashar Assad dan bertempur dengan tentera bersekutu kerajaan di tengah bandar Aleppo, semalam.

Balai Cerap Syria bagi Hak Asasi Manusia yang berpangkalan di Britain berkata, pemberontak telah melepaskan lebih 300 peluru di kawasan perumahan kerajaan sebagai membalas tindakan kerajaan Assad terhadap Castello Road.

Media negara itu melaporkan, lapan terbunuh di Aleppo dan puluhan yang lain cedera termasuk memusnahkan bangunan di kawasan berkenaan dalam pertempuran itu.

Aleppo adalah bandar terbesar di Syria sebelum tercetusnya perang saudara yang kini memasuki tahun keenam sehingga menyebabkan ribuan terkorban termasuk orang awam. – Agensi

The post Pemberontak lancar serangan di Aleppo appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?