Penangguhan pembubaran DUN notis awal hadapi PRN
Sumber foto: NSTP
GEORGE TOWN, Khamis – Penangguhan cadangan pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang dianggap sebagai notis awal bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) mengejut yang dicadangkan DAP.
Pengerusi UMNO Pulau Pinang, Datuk Seri Zainal Abidin Osman berkata, penangguhan itu antara lain memberi peluang kepada parti untuk meningkatkan kesediaan menghadapi PRN tergempar itu.
“Penangguhan (pembubaran DUN Pulau Pinang) ini berlaku kerana Lim Guan Eng (Ketua Menteri) baru sedar yang rakannya dalam parti komponen Pakatan Harapan tak yakin dengan cadangannya itu.
“Malah, rakan parti komponennya juga mungkin menolak cadangan ini kerana masih tidak bersedia untuk menghadapi PRN tergempar,” katanya pada sidang media di sini, sebentar tadi.
Bagaimanapun, Zainal Abidin mempersoalkan keperluan dan tujuan Guan Eng mahu mengadakan PRN mengejut di negeri ini.
“Adakah ia (cadangan pembubaran DUN Pulau Pinang) dibuat bagi memberi laluan kepada calon daripada ‘Dinasti Lim’ bertanding di negeri ini?,” katanya.
Guan Eng dikatakan menerima sokongan padu daripada 30 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pulau Pinang untuk terus mentadbir.
The post Penangguhan pembubaran DUN notis awal hadapi PRN appeared first on Portal Islam dan Melayu.
Sumber
Ulasan
Catat Ulasan