Perlu kajian komprehensif sebelum ambil pelarian bekerja
KUALA LUMPUR Isnin – Sebarang cadangan untuk membenarkan pelarian bekerja di negara ini memerlukan kajian dan kerangka kerja komprehensif kerana ia berpotensi menimbulkan masalah baharu, kata Persekutuan Majikan Malaysia (MEF).
Pengarah Eksekutifnya Datuk Shamsuddin Bardan berkata, jika pelarian dibenarkan bekerja secara sah di negara ini, ia mungkin menyebabkan lebih ramai pelarian datang ke negara ini.
Oleh itu beliau berkata, satu penyelesaian yang menyeluruh perlu untuk menangani isu ini tanpa berkompromi mengenai aspek kemanusiaan.
“Kita bimbang, jika kita membenarkan mereka (pelarian) bekerja secara sah di negara ini, ia akan menyebabkan kebanjiran pelarian dan migran ke negara ini, ia pasti akan menimbulkan masalah baharu,” kata beliau ketika dihubungi di sini.
Pada masa ini, terdapat kira-kira 151,560 pelarian dan pencari suaka yang berdaftar dengan Pesuruhjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa Bersatu Bagi Pelarian (UNHCR) di Malaysia.
Malaysia tidak menandatangani Konvensyen Pelarian 1951 dan Protokol, oleh itu negara ini tidak mengiktiraf status pelarian termasuk hak untuk bekerja.
Shamsuddin berkata, berdasarkan undang-undang semasa, ia menjadi kesalahan bagi majikan mengambil pelarian untuk bekerja dan tindakan undang-undang boleh diambil terhadap mereka.
“Mereka (pelarian) adalah pekerja yang produktif dan disiplin, sebab itulah kita melihat banyak syarikat sanggup mengambil risiko mengambil mereka untuk bekerja.
“Kami faham jika pelarian tidak diberi peluang untuk bekerja, mereka akan memilih untuk bekerja secara haram dan ini akan menimbulkan masalah sosial yang baharu dan sudah tentu kita tidak mahu ini berlaku … sebab itulah satu penyelesaian diperlukan segera,” katanya.
Sementara itu, Pensyarah Kanan Jabatan Pengajian Pembangunan Universiti Malaya, Dr Lee Hwok Ann berkata, jika kita tidak membenarkan pelarian untuk bekerja secara sah di negara ini, ia boleh mendorong mereka untuk terlibat dalam aktiviti haram dan tidak diingini.
Beliau berkata, pengambilan pelarian untuk bekerja akan membawa faedah kepada ekonomi negara dan membantu mengisi kekosongan jawatan terutama pekerjaan yang dipinggirkan oleh rakyat tempatan.
“Menggaji seorang pelarian boleh memberi manfaat yang besar seperti memperoleh kemahiran dan pengetahuan yang baharu dan pada masa yang sama
The post Perlu kajian komprehensif sebelum ambil pelarian bekerja appeared first on Portal Islam dan Melayu.
Sumber
Ulasan
Catat Ulasan