Perodua Bezza dibuka untuk tempahan mulai 16 Julai

5240893102_4a01f9286e_b
KUALA LUMPUR, Jumaat – Model sedan kenderaan cekap tenaga (EEV) pertama Perodua, direka sepenuhnya oleh rakyat Malaysia dengan sokongan daripada Daihatsu Motor Co dari Jepun, akan dibuka untuk tempahan mulai Sabtu ini.

Dalam kenyataan semalam, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Perodua, Datuk Aminar Rashid Salleh, berkata, sedan tersebut, Perodua Bezza, akan dilancarkan pada 21 Julai, 2016.

“Sedan tersebut adalah hasil daripada kerjasama dan pemindahan teknologi dengan rakan kongsi kami, Daihatsu Motor.

“Ia dengan bimbingan mereka yang kami kini dapat berdiri sendiri dengan model baharu ini dan ia merupakan sedan yang sesuai dengan keperluan setiap rakyat Malaysia,” katanya.

Aminar berkata, sedan tersebut merupakan model transformasi kedua Perodua  (selepas Axia) dan kereta global pertama syarikat dengan varian 1.3L Advance yang mempunyai ciri-ciri keselamatan terkini.

“Nama sedan tersebut mengambil inspirasi daripada perkataan ‘Beza’ dalam Bahasa Malaysia, yang bermakna ‘berbeza’ dan ia adalah sedan EEV pertama Perodua – yang jelas berbeza,” katanya.

Perodua Bezza dikeluarkan di kilang yang diperakui dari segi EEV, Perodua Global Manufacturing Sdn Bhd, mempunyai kemudahan yang amat moden dengan lebih 75 peratus kadar automasi.

Kilang yang sama turut mengeluarkan Perodua Axia.

Model terkini Perodua itu mempunyai lima varian — 1.0L dengan transmisi  manual dan automatik; 1.3L “Premium X” (transmisi manual dan automatik); dan,  1.3L “Advanced Version” transmisi automatik.

“Dengan ciri-ciri yang boleh didapati dalam kenderaan mewah yang digabungkan dalam Perodua Bezza, ditambah dengan rekaannya yang menarik, perjalanan yang lancar, berkualiti pada harga yang berpatutan, meningkatkan kedudukan eksport kami akan menjadi realiti,” kata Aminar.

Model tersebut mempunyai enam warna, menggunakan cat berasaskan air yang mesra alam — ‘sugar brown’, biru laut, ‘lava red’, ‘ebony black’, ‘glittering silver’ dan ‘solid ivory white’.  – Bernama

dsc_5019_770

Perodua-Bezza-BackLight perodua-bezza-concept-car-04

The post Perodua Bezza dibuka untuk tempahan mulai 16 Julai appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?