PKR belum yakin tujuan pilihan raya mengejut DAP
BANGI, Rabu – PKR masih belum yakin dengan tujuan dan objektif rakan sekutunya dalam Pakatan Harapan, parti rasis dan cauvinis DAP untuk mengadakan pilihan raya mengejut di Pulau Pinang.
Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata, pihaknya bagaimanapun sedia berbincang dengan pemimpin lain dari parti komponen PH berhubung isu berkenaan.
“Mesyuarat malam ini oleh biro politik PKR adalah untuk membincangkan beberapa isu termasuk cadangan untuk mengadakan pilihan raya mengejut di Pulau Pinang.
“Biro politik PKR masih belum yakin dengan tujuan atau objektif untuk mengadakan pemilihan itu.
“Pucuk pimpinan parti bersedia untuk meneruskan perbincangan dengan pemimpin-pemimpin yang lain dari parti komponen Pakatan Harapan,” katanya kepada pemberita, semalam.
Perbincangan pilihan raya negeri Pulau Pinang mula tersebar luas sejak Ketua Menterinya, Lim Guan Eng mengaku tidak bersalah terhadap dua pertuduhan salah guna kuasa dan rasuah di Mahkamah Tinggi Pulau Pinang, bulan lalu.
Tuduhan itu dibuat mengikut Seksyen 23 Akta Pencegahan Rasuah 2009 (berkaitan pengezonan semula sebidang tanah daripada pertanian kepada kegunaan komersial) dan Seksyen 165 Kanun Keseksaan (pembelian sebuah unit banglo di Jalan Pinhorn di bawah nilai pasaran).
The post PKR belum yakin tujuan pilihan raya mengejut DAP appeared first on Portal Islam dan Melayu.
Sumber
Ulasan
Catat Ulasan