PKR masih belum yakin cadangan DAP adakan PRN

wan-azizahh
KUALA LUMPUR, Rabu – Parti Keadilan Rakyat (PKR) memutuskan masih belum yakin dengan cadangan DAP untuk mengadakan pilihan raya mengejut di Pulau Pinang.

Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata keputusan itu dibuat sebulat suara dalam mesyuarat Majlis Pimpinan Pusat (MPP) parti itu malam tadi (Selasa malam) setelah mengambil kira pandangan masyarakat.

“Mesyuarat telah memutuskan secara sebulat suara bahawa PKR masih belum yakin dengan cadangan berkenaan,” katanya.

Dr Wan Azizah yang juga Ketua Pembangkang berkata PKR akan menghantar satu delegasi pimpinan tertinggi untuk menerangkan keputusan parti itu kepada pimpinan DAP dalam masa terdekat.

Baru-baru ini, Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng memberitahu sidang berita bahawa DAP akan memberi masa kepada rakan sekutunya dalam Pakatan Harapan (PKR dan PAN) untuk berbincang sebelum membuat keputusan mengenai pilihan raya negeri itu. – Bernama

The post PKR masih belum yakin cadangan DAP adakan PRN appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?